Sunday 2 February 2014

Harga Lantai Pakej Perkahwinan

Assalamualaikum..

Dh lama xmbebel kali ni ak nk bangkitkan satu isu yg dh lama panas ni..isu pasal harga pakej wedding photography.. Baru2 ni ak ade dgr satu fotografer ni ltk harga pakej serendah rm150!! Menyirap je ak dgr..ak pn pelik dia ni btl fotografer ke atau pekerja kebajikan?? Agak2la nk ltk harga jgn smpai merosakkan pasaran..xkesian dgn fotografer2 lain lbh2 lg yg fulltime 2..diorg ni xfikir ke yg pbuatan diorg ni seumpama mcm mbunuh industri ni?

Klo korg nk tau MWPPM Malay Wedding and Portrait Photographer Malaysia yg merupakan persatuan bagi komuniti wedding photographer yg bgerak secara serius dlm bisnes wedding photography ni telah sbulat suara mnetapkan harga lantai bg semua wedding photographer xkirala korg ni otai ke newbie ke disebabkan kesukaran utk mgawal harga pasaran yg xstandard..Jika harga lantai ini dipatuhi maka persaingan akan mjadi lbh sihat...kita semua bsaing mengikut kualiti hasil kerja kita bkn bsaing mgikut siapa letak harga paling murah...

Wedding photographer ni businessman bukannya pekerja amal.Kita melabur dengan membeli kamera yang berharga beribu2 lemon xkira lg lens2..kos2 yg lain.. Sudah semestinyalah Pakej Fotografi Perkahwinan harus mempunyai satu harga lantai supaya tidak berlaku pembunuhan harga yang amat melampau.

Macam mana nak tahu harga lantai berkenaan? Sebagai bakal pengantin pun boleh rujuk maklumat yang ak bg ni:

Penetapan Harga Lantai bagi pakej jurugambar perkahwinan Melayu seluruh Malaysia pada 13hb Julai 2013 pukul 2.23 ptg

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita pihak MWPPM ingin mengesyorkan senarai harga di bawah sebagai ‘Harga Lantai’ bagi digunapakai oleh semua jurugambar perkahwinan Melayu Malaysia.

Tujuan Harga Lantai

1. Sebagai satu garis panduan semua penggiat fotografi perkahwinan dalam peletakan harga pakej perkhidmatan yang disediakan agar tidak terlalu rendah dan merosakkan pasaran.

2. Agar para pengantin tahu anggaran bajet yang perlu disediakan dalam mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan Melayu di Malaysia.

3. Boleh dijadikan panduan buat jurugambar-jurugambar baru.

Mengikuti Harga Lantai yang telah ditetapkan

1. Wajib diikuti semua ahli persatuan dan disyorkan bagi yang bukan ahli.

2. Bagi yang mengikuti panduan ini, anda sebenarnya membantu dalam membangunkan industri fotografi perkahwinan tempatan dan tidak merosakkannya.

3. Harga lantai adalah harga minima dan mana-mana jurugambar adalah bebas meletakkan harga mereka di atas harga lantai yang telah ditetapkan.

4. Isi kandungan minima pakej adalah seperti disenaraikan.

Senarai Harga Lantai:

Pakej Album ‘Sticky’ / Poket

- 1 buah album ‘sticky’ atau poket bersama 120 cetakan 4R

- 5 jam liputan pada hari majlis

- 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman

Harga disyorkan: RM 1300

Pakej Album ‘Custom’

- 1 buah album ‘custom’ pada 20 mukasurat bersaiz 8” x 12”

- 5 jam liputan pada hari majlis

- 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman

Harga disyorkan: RM 1500

Pakej Album ‘Photobook’

- 1 buah album ‘photobook’ pada 40 mukasurat bersaiz 11” x 11”

- 5 jam liputan pada hari majlis

- 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman

Harga disyorkan: RM 1900

Pakej ‘Shoot & Burn’

- 5 jam liputan pada hari majlis

- 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman

Harga disyorkan: RM 500

Adalah diharapkan dengan adanya Harga Lantai ini, ianya dapat menjaga serta memajukan lagi industri fotografi perkahwinan Melayu Malaysia.

JAWATANKUASA MWPPM 2013/2014

1 JULAI 2013


Thursday 16 January 2014

DSLR...DAH BELI APA NAK BUAT??

Assalamualaikum..

Ni blog fotografi pertama ak stlh lebih 4 thn ak myebokkan diri dlm bidang ni..saja suka2 nk try cuba test wt blog sendiri..mane la tau kot2 ade sdikit sbyk pengalaman ak yg "xberapa nk ade" ni yg blh ak share2 ngn korg..

Swaktu mula2 ak beli kamera dulu sbnrnya ak xpnh pn wt research psl kamera ape yg ptt ak beli..tau2 dh smpai kedai terus beli..pas 2 mula la ak tbingai2 dok pelik knapa pic2 yg ak snap mcm xberapa nk menjadi je..hahaha!newbie la kate ko..

Mcm kisah ak ni ak confirm ramai gak yg pnh mgalami pkara yg sama..tp kira ak bnasib baik la sbb diberi hidayah dikala ak kebuntuan..wahaha!

So disini ak nk share perkara yg btl2 basic yg xsume org nk buat..

Perkara pertama yg korang perlu bt adalah ;

TOLONGLAH BACA BUKU MANUAL YANG KORANG DAPAT DLM KOTAK KAMERA YG KORANG BELI TU SAMPAI KHATAM...

Xdela penat je company kamera ssh2 bt buku utk pelanggan diorg yg beli kamera 2..sume panduan mgenai kamera korg 2 ade disitu..Dari A sampai Z..tp xramai yg sedar perkara ni..

Insya Allah lps tu dh blh jd fotografer dh...

Jumpa lg dlm post akan dtg..wasallam ;)